ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri



Seksyen 76. Memikat atau membawa pergi perempuan bersuami atau anak dara.

Mana-mana orang yang memikat atau membawa pergi atau memujuk seorang perempuan bersuami atau anak dara untuk meninggalkan rumahtangga yang ditentukan oleh suaminya atau dari jagaan ibubapanya atau penjaganya adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya perempuan bersuami itu atau anak dara itu kembali kepada suaminya atau ibubapanya atau penjaganya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.