ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 200. Injunksi.

(1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu kausa atau perkara sebelum atau selepas perbicaraan kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberi suatu injunksi, sama ada atau tidak tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu telah dimasukkan dalam saman atau tuntutan balas, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam keadaan yang mendesak.

(3) Dalam keadaan yang mendesak permohonan itu boleh dibuat secara ex-parte yang disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi pernyataan yang jelas dan ringkas-

(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (3), dalam mana-mana prosiding terhadap Kerajaan atau MajIis, Mahkamah tidak boleh memberikan injunksi tetapi sebagai ganti boleh membuat suatu perintah mengisytiharkan hak pihak-pihak dalam kausa atau perkara itu.

(5) Mahkamah tidak boleh memberikan injunksi atau apa-apa perintah terhadap mana-mana pegawai Kerajaan atau Majlis jika kesan injunksi atau perintah itu ialah untuk memberikan relief terhadap Kerajaan atau Majlis yang tidak mungkin boleh didapati oleh pemohon dalam prosiding itu terhadap Kerajaan atau Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.