ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERNIKAHAN



Seksyen 41. Penceraian talak atau tebus talak.

(1) Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi pihak suami-isteri itu bersetuju bercerai dengan cara cerai tebus talak, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah ba'in.Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talak itu dengan sewajarnya dan kemudiannya menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakuinya kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(2) Jika jumlah bayaran tebus talak tidak dipersetujui oleh pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut taraf dan sumber kewangan pihak itu.

(3) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau jika suami tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang menasabah bagi suatu perdamaian, Mahkamah hendaklah mematuhi peruntukan seksyen 40.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.