ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Peraturan Mesyuarat



Seksyen 24. Panggilan Mesyuarat.


(1) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

(2) Yang di-Pertua boleh, pada bila-bila masa pun, mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.

(3) Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat dalam empat belas hari daripada masa menerima arahan di bawah seksyen - kecil (2).

(4) Sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis hendaklah diberi untuk mengadakan sesuatu mesyuarat:

Dengan syarat bahawa dalam masa tergempar Yang di-Pertua bolehlah mengarahkan bagi notis itu tidak payah diberi.

(5) Sesuatu notis seperti itu boleh dihantar dengan pos dialamatkan kepada seseorang Ahli di tempat tinggalnya sebagaimana yang diketahui terakhir dan itu hendaklah dianggap sebagai telah diserahkan kepadanya mengikut perjalanan pos.

(6) Notis mesyuarat tidaklah perlu diberi kepada seseorang ahli yang pada masa itu berada di luar negeri.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.