ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 18. Plaintif belum cukup umur yang mencapai dewasa.

(1) Plaintif yang belum dewasa apabila menjadi dewasa semasa prosiding belum selesai boleh menarik balik tindakan sebelum mengambil apa-apa langkah di dalam perkara itu atau meneruskannya.

(2) Kebenaran Mahkamah untuk menarik balik tindakan itu adalah tidak dikehendaki tetapi peruntukan Bahagian XIII hendaklah dipakai mengenai prosiding seterusnya.

(3) Jika plaintif menarik balik tindakannya dia sendiri tidaklah bertanggungjawab membayar kos melainkan Mahkamah membuat perintah sebaliknya.

(4) Jika plaintif adalah lebih dari seorang, plaintif yang belum dewasa tidak boleh menarik balik tuntutan tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon Mahkamah melepaskannya daripada tindakan dan Mahkamah hendaklah berbuat demikian, atau jika ia pihak yang perlu, memotongnya sebagai plaintif dan dijadikannya defendan mengikut had-had dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika plaintif meneruskan prosiding, ia hendaklah berbuat demikian dengan memohon untuk meminda tajuk prosiding itu dan Mahkamah boleh memindanya dan melepaskan penjaganya yang sah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.