ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 85. Sekolah-sekolah Agama yang tidak diluluskan.


Sesiapa yang mendirikan sekolah Agama, atau mewakafkan, atau dengan jalan yang lain menggunakan sesebuah bangunan yang ada, atau kerana tujuan sebuah sekolah Agama, dengan tiada kebenaran bertulis menurut seksyen di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Melaka 1988 adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya Sekolah Agama itu ditutup. Kegagalan mematuhi perintah Mahkamah, orang yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda berterusan tidak melebihi dua ratus ringgit tiap-tiap sehari dalam tempoh perintah tidak dipatuhi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.