ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 69. Pemujaan.


Sesiapa yang memuja pantai, pokok kayu, padang, kubur, hutan belukar, bukit atau mana-mana orang atau apa-apa benda dengan apa-apa jua cara yang bercanggah dengan Hukum Syarak adalah merupakan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah boleh memerintahkan supaya alat-alat yang digunakan atau bangunan atau binaan yang digunakan bagi pemujaan itu dimusnahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.