ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 92. Bila seseorang yang dituduh dengan satu kesalahan boleh disabitkan dengan kesalahan lain.

Jika dalam kes yang disebutkan dalam seksyen 91, tertuduh telah dipertuduhkan atas satu kesalahan dan ternyata ketika dalam keterangan bahawa dia telah rnelakukan kesalahan lain daripada yang dia dipertuduhkan itu, dia boleh disabitkan atas kesalahan yang dia telah dibuktikan melakukan walaupun dia tidak dipertuduhkan dengan kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.