ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - JAMINAN



Seksyen 187. Bon hendaklah dilaksanakan.

Sebelum seseorang dilepaskan atas jaminan, bon bagi jumlah yang difikirkan mencukupi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan hendaklah dilaksanakan oleh orang itu atau penjamin-penjaminnya, dan apabila ia dilepaskan atas jaminan dengan memberi satu atau lebih penjamin yang mencukupi, hendaklah dengan syarat bahawa orang itu dikehendaki hadir pada masa dan di tempat yang disebutkan dalam bon itu, dan hendaklah sentiasa hadir sedemikian sehingga diarahkan sebaliknya oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.