ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V
Waran Geledah



Seksyen 43. Bila waran geledah dikeluarkan.

(1) Apabila-

Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran tersebut diarahkan bolehlah menggeledah dan memeriksa mengikut yang diperintahkan dan dengan mengikut peruntukan yang terkandung di dalam Kanun ini.

(2) Waran geledah lazimnya hendaklah diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau lain-lain pegawai yang disebutkan atas nama atau jawatan di dalamnya, dan pegawai itu boleh melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah bolehlah mengarahkan kepada Ketua Polis Negeri atau kepada lain-lain Pegawai Polis yang disebutkan atas nama atau jawatan di dalamnya dan Pegawai Polis itu boleh melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.