ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 43. Menyubahati kesalahan yang boleh disiksa dengan bunuh atau penjara seumur hidup.

Barang siapa bersubahat melakukan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh atau penjara seumur hidup hendaklah, jika kesalahan itu tidak dilakukan oleh sebab subahat itu, dan tiada apa-apa peruntukan yang nyata ditetapkan oleh Enakmen ini berkenaan dengan seksaan bagi subahat itu, diseksa sebagai takzir dengan penjara selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan dan bolehlah juga dikenakan denda; dan jika apa-apa perbuatan yang pensubahat itu bertanggung oleh sebab subahat itu, dan yang menyebabkan pensubahat itu dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan, dan bolehlah juga dikenakan denda.

MISALAN

A menghasut B supaya membunuh Z. Kesalahan itu tidak dilakukan. Sekiranya B telah membunuh Z, ia mungkin boleh dikenakan seksaan bunuh. Oleh sebab itu, A bolehlah dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai tempoh yang boleh sampai 18 bulan, dan juga denda; dan jika apa-apa cedera dilakukan ke atas Z oleh sebab subahat itu, maka ia bolehlah dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai 36 bulan dan denda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.