ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Mufti dan Jawatankuasa Syariah



Seksyen 39. Mazhab yang mesti diikuti.


(1) Pada ketika membuat atau mengeluarkan apa-apa fatwa seperti yang tersebut di atas, Majlis dan Jawatankuasa Syariah hendaklah atas kelazimannya mengikut kaul yang muktamat di dalam Mazhab Shafie:

Dengan syarat bahawa sekiranya jika dengan mengikut kaul yang muktamat atau kaul yang dhaif daripada Mazhab Shafie akan berlawanan dengan kepentingan awam, maka Majlis dengan izin yang khas oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, bolehlah mengikut kaul-kaul salah satu daripada Mahzab yang lain (Maliki, Hanafi dan Hambali) yang mana-mana difikirkan menasabah tetapi mana-mana fatwa yang dibuat dengan jalan ini hendaklah diterangkan dengan jelas serta huraian-huraian yang mustahak.

(2) Apa-apa fatwa yang diberi oleh Majlis sama ada dengan terus menerus atau menerusi Jawatankuasa Syariah ataupun apa-apa keputusan di atas mana-mana masalah yang dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengikut seperti yang tersebut di atas tadi hendaklah jika diperintahkan oleh Baginda diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dan dengan itu terikatlah semua orang Islam yang tinggal di dalam Negeri ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.