ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 3 - AFIDAVIT



Seksyen 114. Bentuk afidavit.

(1) Suatu afidavit hendaklah dalam Borang MS 25.

(2) Tiap-tiap afidavit mestilah ditandatangani oleh deponen dan jurat mestilah diisi dan ditandatangani oleh orang yang dihadapannya afidavit itu diikrarkan mengikut salah satu bentuk dalam Borang MS 26.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, menerima sesuatu afidavit walaupun terdapat apa-apa luar aturan pada bentuknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.