ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 107. Memungut dan membayar zakat dan fitrah tanpa mengikut peraturan.

Sesiapa selain daripada amil atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis yang memungut atau mengambil zakat atau fitrah yang ditaksirkan kena dibayar kepada Majlis, atau membayar zakat atau fitrah yang ditaksirkan kena dibayar kepada Majlis kepada mana-mana orang lain selain daripada amil atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.