ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - Beban Membukti



Seksyen 78. Beban membuktikan nyataan yang diketahui secara khas.

Apabila sesuatu nyataan adalah khasnya diketahui oleh seseorang, maka beban bagi membuktikan nyataan itu terletak padanya.
MISALAN

Apabila seseorang melakukan suatu perbuatan dengan niat yang lain bentuk dan niat yang boleh difaham daripada bentuk dan hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat adalah terletak padanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.