ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah
Ikrar



Seksyen 17. Takrif ikrar.

(1) Ikrar ialah kenyataan seseorang tentang sesuatu hak orang lain ke atasnya yang dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan di dalam mana-mana keadaan yang disebutkan kemudian.

(2) Ikrar yang dibuat di luar Mahkamah hanya boleh diterima jika dibuat di hadapan dua orang saksi adil.

(3) Ikrar wakil dalam prosiding bagi pihak orang yang memberi wakil yang dibuat di hadapan Hakim adalah layak diterima.

(4) Ikrar dalam kes zina adalah layak diterima jika dibuat di hadapan Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.