ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - HUKUMAN DAN PELAKSANAAN



Seksyen 126. Masa melaksanakan hukuman itu.

(1) Apabila tertuduh dihukum sebat serta pemenjaraan, pelaksanaan hukum sebat itu tidak boleh dikenakan jika ada rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah rayuan yang berkenaan.

(2) Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan di mana rayuan telah dibuat, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah daripada Mahkamah rayuan yang berkenaan mengesahkan hukuman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.