ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 30. Kerahsiaan.

Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun anggota atau pekhidmatnya boleh mendedahkan atau membukakan kepada mana-mana orang selain Duli Yang Maha Mulia Sultan atau mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam atau mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam atau mana-mana anggota Majlis apa-apa perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.