ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Perkahwinan yang Tertakluk kepada Undang-Undang Negara Asing
Seksyen 122. Perkahwinan yang tertakluk kepada undang-undang Negara Asing atau yang diakadnikahkan di Luar Negeri di bawah Enakmen ini.
Jika, selain daripada Enakmen ini, apa-apa perkara yang menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan kena diputuskan, mengikut kaedah-kaedah Undang-undang Antarabangsa Persendirian, dengan merujuk kepada undang-undang sesuatu negara asing, maka Mahkamah hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.