ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 247. Pemansuhan

(1) Kaedah-Kaedah Prosedur Mal Mahkamah Syariah 1992 [N.S. P.U. 13/92] dimansuhkan.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketidakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.