ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
KENYATAAN YANG DIBUAT DALAM KEADAAN KHAS



Seksyen 23. Perkaitan catatan di dalam rekod awam pada menjalankan kewajipan.

Sesuatu catatan di dalam mana-mana daftar, rekod atau lain-lain buku awam atau rasmi yang menyatakan sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan berkaitan yang dibuat oleh seseorang penjawat awam pada menjalankan tugas kewajipan rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada menjalankan sesuatu kewajipan yang disuruh dengan khasnya oleh undang-undang bagi negeri di mana daftar, rekod atau buku itu diselenggarakan, adalah sendirinya suatu nyataan berkaitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.