ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 90. Pemberian maklumat palsu kepada Pendaftar Saudara Baru.


Seseorang yang pada masa memohon untuk didaftarkan di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 atau sebagai jawapan kepada sebarang permintaan untuk maklumat atau keterangan yang dibuat oleh Pendaftar Saudara Baru di bawah Enakmen tersebut dengan sengaja memberi kepada Pendaftar Saudara baru sebarang maklumat palsu atau yang mengelirukanh adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.