ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 100. Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya.
(1) Soalan-soalan memimpin tidak boleh sekiranya dibantah oleh pihak lawan, ditanya di dalam sesuatu pemeriksaan utama atau di dalam sesuatu pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan-soalan memimpin berkenaan dengan perkara-perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan, atau yang telah pada pendapatnya dibuktikan dengan secukupnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.