ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996
BAHAGIAN IV - JEMAAH
Seksyen 15. Tugas Jemaah.
Adalah menjadi tugas Jemaah
---
(a)
untuk melantik kakitangan sekolah atas apa-apa terma dan syarat, dan perlantikan sedemikian serta terma dan syarat-syaratnya hendaklah mengikat sekolah itu;
(b)
untuk memungut dan menerima yuran dan bayaran lain yang kena dibayar daripada pelajar atau ibu bapa atau penjaga pelajar sekolah itu;
(c)
untuk memungut dan menerima bayaran lain bagi sekolah termasuk pemberian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Majlis, badan berkanun, atau derma daripada mana-mana orang atau pertubuhan;
(d)
untuk menyenggarakan tatatertib kakitangan dan pelajar sekolah, dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang ditetapkan;
(e)
untuk melaksanakan, tertakluk kepada Enakmen ini dan Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya, apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis atau Pendaftar; dan
(f)
untuk meminjam daripada mana-mana institusi atau perbadanan dengan kelulusan khas bertulis daripada Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.