ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XXV - PELBAGAI
Seksyen 245. Hukum Syarak.
(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang tidak selaras dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat ketakselarasan itu.
(2) Jika terdapat apa-apa lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, Mahkamah hendaklah menggunakan Hukum Syarak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.