ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XI - ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 230. Perkara-perkara yang tidak ada peruntukannya.


Dalam perkara-perkara amalan dan peraturan dalam pembicaraan kes mal yang tidak ada peruntukkanya dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam mana-mana peraturan yang diperbuat di bawah kuatkuasanya, maka Mahkamah boleh memakai apa-apa peraturan yang mana pada lahirnya nampak wajar untuk menjauhi dari ketidak adilan dan untuk pengendalian perkara-perkara yang dipersoalkan di antara pihak-pihak, dan boleh khususnya, tetapi dengan tidak menjejaskan keluasan peruntukan diatas, memakai amalan dan peraturan yang mana bagi sementaranya sedang berkuatkuasa dalam Mahkamah-mahkamah rendah sivil dalam pembicaraan malnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.