ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 128. Perbicaraan atau pendengaran.

(1) Jika, pada masa yang ditetapkan bagi perbicaraan, pihak menuntut tidak hadir, maka prosiding itu boleh dibatalkan.

(2) Jika pihak menuntut hadir, tetapi pihak kena tuntut tidak hadir, pihak menuntut boleh membuktikan kesnya dan Mahkamah boleh memberi hukuman.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan (2)-

(4) Jika pihak kena tuntut hadir dan mengaku tuntutan pihak menuntut itu, Mahkamah boleh memberi hukuman tanpa mendengar keterangan.

(5) Jika pihak kena tuntut hendak membela diri, pihak yang hukuman akan diberi terhadapnya mengikut tuntutan surat guaman dan pengakuan yang dibuat, jika tiada keterangan diambil, adalah berhak memulakan.

(6) Tiap-tiap satu pihak boleh berucap kepada Mahkamah dan boleh selepas itu memberi keterangan dan memanggil saksi-saksinya yang akan disoal dan boleh disoal balas, disoal semula, disoal oleh Mahkamah, dan dipanggil semula seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 113 bagi prosiding jenayah.

(7) Selepas selesai keterangan, tiap-tiap satu pihak boleh menggulung kesnya, tetapi pihak yang memulakan hendaklah kemudian sekaIi berucap kepada Mahkamah.

(8) Mahkamah boleh mengambil apa-apa keterangan yang difikirkannya perlu, tetapi tiada mana-mana pihak pun diwajibkan memberi keterangan bertentangan dengan kehendaknya.

(9) Selepas itu Mahkamah hendaklah memberi hukuman di dalam Mahkamah terbuka, sama ada pada masa itu juga atau pada masa akan datang, dalam hal mana notis hendaklah diberi kepada semua pihak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.