ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004
BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH
Seksyen 6. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong
Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Negeri Sabah, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian Majlis hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Sabah selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.