ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 20. Lembaga hendaklah memberi bantuan

Lembaga boleh membantu Jabatan untuk menjalankan segala perkara yang mungkin perlu bagi menjalankan dengan sepatutnya Sekolah-Sekolah Agama termasuk memberi apa-apa nasihat teknik, penggunaan buku-buku teks, kurikulum, peperiksaan, pengambilan guru-guru dan latihan guru-guru.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.