ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 4 - PERBICARAAN
Seksyen 96. Prosedur dalam perbicaraan.
Prosedur seperti berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan-
(a)
apabila tertuduh hadir atau dibawa di hadapan Mahkamah, pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh itu hendaklah dirangka, dibaca dan diterangkan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia mengaku salah atas pertuduhan itu atau meminta dibicarakan;
(b)
jika tertuduh mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada atas pertuduhan asal atau yang dipinda, pengakuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atas kesalahan tersebut:
Dengan syarat sebelum akuan bersalah itu direkodkan Mahkamah hendaklah menentukan tertuduh faham akan keadaan dan akibat daripada akuan itu dan dia berniat untuk mengaku, tanpa bersyarat, kesalahan yang dia dikatakan telah melakukan itu;
(c)
jika tertuduh enggan mengaku salah atau tidak mengaku salah atau minta dibicarakan, maka Mahkamah hendaklah terus mendengar pengadu, jika ada, dan mengambil semua keterangan yang dikemukakan bagi menyokong pendakwaan itu;
(d)
apabila Mahkamah berpendapat bahawa adalah perlu, ia akan mendapatkan daripada pengadu atau selainnya nama mana-mana orang yang mungkin mengetahui tentang fakta-fakta kes itu dan yang boleh memberi keterangan bagi pihak pendakwa, dan hendaklah menyaman mana-mana mereka itu sebagaimana yang Mahkamah fikirkan perlu untuk memberi keterangan;
(e)
tertuduh atau Peguam Syarie hendaklah dibenarkan menyoal balas semua saksi bagi pihak pendakwa melalui Hakim;
(f)
jika, selepas mengambil semua keterangan yang dirujukkan dahulu daripada ini, Mahkamah mendapati tidak ada kes terhadap tertuduh yang boleh menyebabkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah merekodkan satu perintah pembebasan;
(g)
tiada apa-apa dalam perenggan
(f)
boleh disifatkan sebagai menghalang Mahkamah daripada melepaskan tertuduh pada mana-mana peringkat yang dahulu dalam kes itu jika atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan oleh Mahkamah ia berpendapat bahawa pertuduhan itu tidak berasas;
(h)
jika, setelah mengambil keterangan itu, Mahkamah berpendapat bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan itu atau kesalahan lain yang Mahkamah itu berkompeten untuk membicarakan dan pada pendapatnya kes itu patut dibicarakannya, maka ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang direkodkan terhadap tertuduh dan hendaklah memutuskan sarna ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu;
(i)
jika pertuduhan itu dipinda ia hendaklah dibacakan kepada tertuduh seperti terpinda dan dia hendaklah ditanya balik sama ada dia mengaku salah atau hendak membuat sebarang pembelaan;
(j)
jika tertuduh tidak mengaku salah terhadap pertuduhan yang telah dipinda itu atau jika tidak ada pindaan dibuat, tertuduh hendaklah dipanggil untuk membela dirinya dan mengemukakan keterangannya, dan hendaklah pada bila-bila masa apabila membuat pembelaannya dibenarkan memanggil semula dan menyoal balas mana-mana saksi melalui Hakim;
(k)
jika tertuduh memasukkan apa-apa pernyataan bertulis Mahkamah hendaklah menfailkan pernyataan itu bersama-sama dengan rekodnya;
(I)
jika tertuduh memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan saman untuk memaksa kehadiran mana-mana saksi, sama ada dia telah atau belum diperiksa berkenaan dengan kes itu sebelumnya, untuk tujuan diperiksa atau diperiksa balas, atau untuk mengemukakan mana-mana dokumen atau lain-lain benda, maka Mahkamah hendaklah mengeluarkan saman itu melainkan jika ia berpendapat bahawa permohonan yang itu patut ditolak atas alasan bahawa ianya dibuat dengan tujuan menyusahkan atau melambatkan atau mengagalkan keadilan; dan alasan yang seumpama itu hendaklah direkodkan secara bertulis;
(m)
(i) jika Mahkamah berpendapat bahawa tertuduh tidak bersalah, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;
(ii) jika Mahkamah berpendapat tertuduh bersalah atau jika pengakuan salahnya telah direkodkan dan diterima, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang;
(n)
apabila prosiding telah dimulakan atas aduan yang dibuat oleh mana-mana orang atas sumpah di bawah seksyen 74 dan pada mana-mana hari yang ditetapkan untuk pendengaran kes itu pengadu tidak hadir, maka Mahkamah boleh atas budibicaranya, walau apa pun yang diperuntukkan terdahulu daripada ini, melepaskan tertuduh.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.