ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-kanak



Seksyen 104. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan dsb.

Apabila menimbangkan apa-apa soal berhubung dengan penjagaan atau nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah hendaklah, bila-bila juga praktik, menerima nasihat seseorang, sama ada pegawai awam atau tidak, yang terlatih atau berpengalaman dalam kebajikan kanak-kanak tetapi Mahkamah tidaklah terikat untuk menuruti nasihat itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.