ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXI - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR



Seksyen 209. Kuasa Hakim.

(1) Seorang Hakim boleh-

(2) Seorang Hakim boleh menjalankan dalam Mahkamah atau Kamar semua kuasa yang diberikan kepada Pendaftar.

(3) Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atas permohonan mana-mana orang atau atas budi bicaranya boleh mengarahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya mendaftarkan apa-apa kes yang pendaftarannya telah ditolak.

(4) Ketua Hakim Syarie di atas permohonan mana-mana pihak atau atas budi bicaranya boleh mengarahkan mana-mana Mahkamah supaya mendaftar apa-apa kes yang pendaftarannya telah ditolak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.