ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 163. Tahan sebelum penghakiman.

(1) Tiap-tiap permohonan mendapatkan perintah tahanan sebelum penghakiman hendaklah dibuat secara ex parte dalam kamar dan keterangan untuk menyokongnya hendaklah dibuat melalui afidavit.

(2) Suatu perintah tahanan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah diendorskan dengan alamat untuk penyampaian plaintif.

(3) Perintah ini hendaklah diserahkan kepada bailif bersama dengan salinan semua afidavit yang digunakan dalam permohonan itu, dan afidavit itu hendaklah disampaikan kepada defendan bersama dengan perintah.

(4) Jaminan yang hendak diberikan oleh defendan boleh diberikan melalui-



(5) Mana-mana penjamin yang dicadangkan boleh, jika plaintif menghendaki sedemikian, diperiksa untuk membuktikan kemampuannya.

(6) Apabila jaminan telah diberikan sebagaimana yang diperintahkan, Pendaftar hendaklah memberi satu perakuan kepada bailif, dan pengemukaan perakuan itu hendaklah menjadi suatu kuasa yang cukup bagi melepaskan defendan dari tahanan.

(7) Wang jaminan dan semua prosiding mengenainya hendaklah tertakluk kepada perintah dan kawalan Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.