ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Peruntukan Am
Seksyen 9. Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta persoalan atau fakta releven.
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta releven, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu kesimpulan yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta releven, atau yang menentukan pengenalan sesuatu benda atau seseorang yang pengenalannya adalah releven, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu fakta persoalan atau fakta releven telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya sesuatu fakta itu diuruskan, adalah
qarinah
setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada sesuatu suratan dokumen tertentu adalah wasiat A.
Keadaan harta A dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu adalah
qarinah
.
(b)
A dituduh melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah itu A telah melarikan diri dari rumahnya adalah
qarinah
di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan yang kemudian daripada dan disentuh oleh fakta persoalan.
Fakta bahawa pada masa dia meninggalkan rumahnya itu dia ada urusan tiba-tiba dan mendesak di tempat dia pergi itu adalah
qarinah
sebagai mungkin menghuraikan fakta bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.