ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN FATWA

BAHAGIAN II - PELANTIKAN MUFTI DAN FUNGSI MUFTI, KUASA MAJLIS FATWA NEGERI DAN FATWA YANG BERHUBUNG DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 14. Qaul muktamad yang hendak diikuti

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 8 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 13, Majlis Fatwa Negeri hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.

(2) Jika Majlis Fatwa Negeri berpendapat bahawa dengan megikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Majlis Fatwa Negeri bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

(3) Jika Majlis Fatwa Negeri berpendapat bahawa tiada satu-pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Majlis Fatwa Negeri boleh membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.