ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 53. Perlantikan dan tanggungjawab amil.

(1) Majlis boleh melantik amil-amil untuk mengendalikan pungutan zakat atau fitrah di mana-mana kawasan dalam Negeri ini menurut sebagaimana yang difikirkan patut.

(2) Imam-imam masjid yang ditauliahkan dengan sendirinya menjadi amil atas nama jawatannya dan bertanggungjawab memungut mana-mana jenis zakat dan fitrah yang diperintahkan oleh Majlis dalam kawasan mukim masjid masing-masing.

(3) Amil-amil hendaklah, tertakluk kepada perintah Majlis dari semasa ke semasa, menyediakan senarai tafsiran zakat dan fitrah bagi kawasan masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.