ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 17. Melacur isteri atau anak.

(1) Mana-mana suami yang melacurkan isterinya atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana ibu bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacur adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.