ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 33. Hak mempertahankan diri terhadap serangan yang boleh menyebabkan kematian bila ada kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah.


Jika, pada menjalankan hak mempertahankan diri terhadap suatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan akan kematian, orang yang mempertahankan itu adalah sebegitu kedudukannya hingga ia tidak dapat menjalankan hak itu dengan secukupnya dengan tiada mendatangkan bahaya kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah, maka mempertahankan dirinya termasuklah mendatangkan bahaya kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah, maka hak mempertahankan dirinya termasuklah mendatangkan bahaya itu.

MISALAN

A, diserang oleh sekumpulan perusuh yang mencuba hendak membunuhnya. Dia tidak dapat menjalankan hak mempertahankan dirinya dengan secukupnya dengan tidak melepaskan tembakan ke atas kumpulan perusuh itu, dan dia tidak dapat melepaskan tembakan itu dengan tiada mendatangkan bahaya kecederaan kepada kanak-kanak yang ada bergaul dalam kumpulan perusuh itu. A, tidaklah melakukan apa-apa kesalahan jika dengan melepaskan tembakan itu ia mencederakan mana-mana kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.