ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 22. Penjalanan urusan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan dalam mesyuarat dan hendaklah mengikut keputusan lebih suara ahli-ahli Majlis yang hadir.

(2) Ketetapan secara bertulis yang dipersetujui oleh semua ahli Majlis hendaklah, kecuali di dalam hal-hal tertentu atau jenis-jenis tertentu Duli Yang Maha Mulia Sultan mengarahkan sebaliknya, mempunyai kesan yang sama seperti keputusan yang telah diluluskan di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.