ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 113. Keterangan mengenai nyataan-nyataan yang dinyatakan dalam dokumen yang tersebut dalam seksyen 112.

Seseorang saksi boleh juga memberi keterangan mengenai nyataan-nyataan yang tersebut dalam mana-mana dokumen seperti yang disebut dalam seksyen 112, sungguhpun dia tiada ingatan yang tepat tentang nyataan-nyataan itu sendiri, jika dia yakin bahawa nyataan-nyataan itu telah direkodkan dengan betulnya dalam dokumen itu.
MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.