ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 33. Kuasa Mufti.

Mufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara Hukum Syara' dan dalam semua perkara tersebut hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Perak Darul Ridzuan selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.