ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VI - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 101. Kuasa perlindungan.

(1) Dengan tidak menghiraukan apa-apa hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain atau badan-badan, Majlis bolehlah memberi kepada mana-mana orang yang baru memeluk Agama Islam, bantuan, perlindungan, pelajaran agama, keselamatan, kebajikan dan lain-lain perkara yang berbangkit dalam tempoh tertentu.

(2) Majlis boleh, pada bila-bila masa, menamatkan tempoh bantuan ke atas seseorang yang baru memeluk Agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.