ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 100. Tidak menurut perintah seseorang penjawat awam bagi menghadirkan diri.

Mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang supaya hadir sendiri atau hadir melalui wakilnya pada suatu tempat dan waktu yang tertentu bagi menurut suatu saman, notis, perintah atau perisytiharan yang dikeluarkan oleh mana-mana penjawat awam yang kompeten di sisi undang-undang, sebagai penjawat awam itu, mengeluarkannya, dengan sengaja meninggalkan daripada hadir pada tempat atau waktu itu, atau pergi dari tempat di mana dia terikat untuk hadir itu sebelum waktu yang dibenarkan di sisi undang-undang baginya pergi dari tempat itu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; atau jika saman, notis, perintah atau perisytiharan itu menghendaki ia hadir sendiri atau hadir melalui wakilnya di Mahkamah, hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.