ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN V - PENERIMAAN DAN PENOLAKAN WASIAT



Seksyen 21. Penerimaan harta yang diwasiatkan.

(1) Tertakluk kepada seksyen 17 dan 18, jika seseorang benefisiari wujud semasa kematian seseorang pewasiat, dia hendaklah berhak terhadap harta yang diwasiatkan itu dari masa kematian itu:

Dengan syarat tidak ada masa tertentu, selepas kematian tersebut, ditetapkan.

(2) Semua keuntungan atau penambahan kepada harta yang diwasiatkan semenjak dari ia dimiliki sehingga diterimanya hendaklah menjadi hak benefisiari dan tidak dikira sebagai wasiat dan segala perbelanjaan dalam tempoh tersebut adalah tertanggung ke atas benefisiari itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.