ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 59. Menuntut tunggakan nafkah.

(1) Tunggakan nafkah tak bercagar yang kena dibayar sama ada menurut perjanjian atau di bawah perintah Mahkamah boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir membayarnya.

(2) Jika tunggakan itu terkumpul; jumlah yang terkumpul itu hendaklah dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat oleh Mahkamah terhadap pihak yang mungkir itu dan tunggakan itu boleh dibuktikan dalam pembicaraan kebangkerapannya.

(3) Jika tunggakan itu terkumpul dan tidak dijelaskan sebelum ia mati tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari hartapesakanya.

(4) Tunggakan nafkah tak bercagar dan terkumpul yang kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakilnya di sisi undang-undang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.