ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM
Darihal Hak Mempertahankan Persendirian



Seksyen 27. Bila hak mempertahankan persendirian mengenai tubuh termasuk menyebabkan kematian.

Hak mempertahankan persendirian mengenai tubuh, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang tersebut dalam seksyen yang akhir di atas, adalah termasuk menyebabkan dengan sengaja kematian atau apa-apa kerosakan yang lain kepada penyerang itu, jika kesalahan yang menyebabkan hak itu dijalankan adalah dari mana-mana jenis yang disenaraikan di bawah ini-

(i) Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa kematian akan berakibat dari serangan itu;

(ii) Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa cedera parah akan berakibat dari serangan itu;

(iii) Sesuatu serangan dengan niat melakukan rogol;

(iv) Sesuatu serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii;

(v) Sesuatu serangan dengan niat mencolek atau melarikan orang;

(vi) Sesuatu serangan dengan niat hendak mengurung seseorang dengan salah dalam keadaan yang munasabah menyebabkan ia takut bahawa ia tidak akan boleh dapat pertolongan pihak berkuasa awam bagi melepaskannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.