ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 10. Keahlian Majlis.

(1) Majlis hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut-
(2) Orang Islam sahaja layak dilantik sebagai ahli Majlis. Jika mana-mana jawatan yang disebut dalam perenggan (b) subseksyen (1) dipegang oleh orang bukan Islam, Duli Yang Maha Mulia Sultan setelah berunding dengan Menteri Besar hendaklah melantik orang Islam dari Jabatan yang sama menjadi ahli menggantikan orang tersebut.

(3) Ahli-ahli yang dilantik di bawah perenggan-perenggan (a) dan (f) dan yang dinamakan dalam perenggan-perenggan (c), (d), (g), (h) dan (i) subseksyen (1) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.

(4) Seseorang ahIi yang tempoh lantikannya telah tamat boleh dilantik semula.

(5) Seseorang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini adalah Yang Dipertua atau ahli Majlis yang dilantik di bawah Enakmen 1965 hendaklah tertakluk kepada Enakmen ini, terus menjadi Yang Dipertua atau ahli Majlis sehingga tamat tempoh perlantikannya atau sehingga perlantikan di bawah Enakmen ini dibuat mengikut mana yang terdahulu.

(6) Ahli-ahIi Majlis boleh dibayar apa-apa elaun dan kemudahan sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.