ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE JAWATANKUASA ULANG BICARA



Seksyen 145. Perintah mengambil keterangan lanjut.

(1) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan di bawah Bab ini Jawatankuasa Ulang Bicara jika ia fikir keterangan tambah adalah perlu, boleh sama ada mengambil sendiri keterangan berkenaan atau mengarahkannya diambil oleh Kadi.

(2) Apabila keterangan tambah diambil oleh Kadi dia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Jawatankuasa Ulang Bicara, sesudah itu hendaklah, seberapa segera yang boleh, terus menyelesaikan rayuan.

(3) Kecuali jika Jawatankuasa Ulang Bicara mengarahkan sebaliknya, orang yang dituduh atau peguamnya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.