ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XII - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 120. Orang-orang lain boleh juga diberi kuasa mencatatkan nota keterangan.

Tiada apa-apa di dalam Bab ini boleh menghalang seseorang Kadi dalam pembicaraan mengarahkan nota lengkap diambil oleh seorang lain mengenai deposisi saksi sebagai tambahan kepada mana-mana nota berkenaan dengan perkara-perkara yang dibuat atau yang dicatat oleh Kadi sendiri, dan nota itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.