ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT



Seksyen 3. Wasiat boleh dibuat dengan lisan, tulisan, atau isyarat.

(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan lisan atau tulisan dan jika orang yang hendak membuat wasiat itu tidak dapat melakukan sedemikian, wasiatnya bolehlah dibuat dengan cara isyarat yang boleh difahami.

(2) Sesuatu wasiat lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi menurut Hukum Syarak.

(3) Sesuatu wasiat bertulis bolehlah dibuat dalam borang yang terdapat dalam Jadual Kedua kepada Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.